Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pencinta Ahlul Bait Nabi s.a.w di Malaysia menyertai program Hari Asyura yang dianjurkan di ar-Ridha Homestay di sebalik sikap keras pihak berkuasa dan jabatan agama tempatan yang menyekat kebebasan mereka untuk meratapi hari ulang tahun pembunuhan Imam Hussein a.s.
Majlis dipimpin oleh Ustaz Kamil Zuhairi dan diisi dengan ceramah agama serta bacaan syair.
Pihak pemerintah Malaysia sekali lagi menunjukkan sikap keras mereka terhadap panganut mazhab minoriti itu dengan melakukan beberapa serbuan ke atas pusat kebudayaan mereka di Selangor dan Johor pada bulan Muharram.
Khutbah Jumaat negeri Selangor yang menyifatkan ajaran Syiah sebagai "melucukan" serta "meloyakan" juga menunjukkan sikap tidak bertoleransi pemerintah tempatan terhadap puak minoriti khususnya masyarakat Syiah.
Perkara itu berlaku di sebalik hakikat bahawa kerajaan baharu yang memerintah Putrajaya sebelum ini kerap mencanangkan slogan "rahmatan lil 'alamin" ketika menyifatkan polisi mereka ketika berhadapan dengan isu-isu keagamaan khususnya isu seputar layanan terhadap penganut mazhab-mazhab minoriti.
Mazhab Syiah menganjurkan penganutnya untuk meratapi duka Imam Hussein a.s dan berasaskan hadis serta riwayat berkaitan membuktikan bahawa perkara itu bahkan disarankan oleh Nabi s.a.w itu sendiri - ABNA24


